Lelaki 'mengandung'? Tidak. Mereka tidak mengandung. Tapi perut mereka seakan-akan mengandung! Ada sahabat saya berkata, "Isteri suka kalau lelaki boroi sebab bukti dia pandai masak". Tidak kurang juga yang kata lelaki berperut buncit ini seksi. Seksi ke? Biarlah apa pun nilaian orang, yang penting sebagai lelaki, anda juga harus menjaga penampilan diri. Baik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kali ini saya mahu berkongsi tips untuk atasi perut buncit. Dari aspek senaman, pertama sekali anda duduk di atas lantai dengan selesa dengan kaki melunjur ke hadapan. Jika ada alas dengan tikar pun bagus. Bengkokkan lutut anda. Letakkan kedua tangan anda di dada dan rendahkan sedikit badan anda ke belakang. Cuba baringkan badan anda tanpa mencecah ke lantai kemudian naik semula. Ulang sebanyak tiga kali kemudian rehat sebentar. Kemudian ulang mengikut kemampuan anda. Anda tidak boleh paksa tubuh anda melakukannya berulang kali dalam satu masa tambahan anda baru hendak mula, dikhuatiri otot anda akan cedera. Untuk aspek pemakanan, elakkan minum air selepas makan. Cuba rehat kira-kira 10 minit selepas makan baru anda minum. Penampilan yang menarik mampu membuat anda beras yakin diri berhadapan dengan orang ramai. Jaga kesihatan dan tampak menarik ini bukan tertumpu pada remaja semata-mata, tapi lelaki yang sudah berusia pun perlu amalkannya. Baru nampak muda sentiasa.
0 Comments:
Post a Comment