Monday, January 5, 2009

JADUAL ORIENTASI TINGKATAN 4, 2009

Pelajar tingkatan 4 boleh dapatkan Jadual Program Orientasi Tingkatan 4 tahun 2009.

Sebarang masalah dan pertanyaan boleh hubungi kaunselor sekolah.

Sunday, January 4, 2009

TAHNIAH PMR 2008

Tahniah kepada para pelajar tingkatan 3 tahun 2008 yang telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR 2008. Bagi yang kurang cemerlang, jangan bersedih dan kecewa, teruskan usaha anda dalam menempuh SPM tahun 2010 nanti. PMR bukan segalanya...SPM nanti penentunya...

Alhamdulillah SMK Putrajaya Presint 8(1) masih dapat mengekalkan kedudukan sebagai top school di Putrajaya bagi kategori sekolah menengah harian. Walaupun jumlah pelajar yang mendapat 8A bagi tahun 2008 adalah menurun jika berbanding dengan tahun 2007 tetapi sekolah kita masih berjaya menduduki tempat pertama. Syukur.
Bilangan yang mendapat 8A dalam PMR 2008:
SMK Putrajaya Presint 8(1): 29 orang (tahun 2008), 34 orang(tahun 2007)
SMK Putrajaya Presint 11(1) : 23 orang (tahun 2008)
SMK Putrajaya Presint 16(1) : 15 orang (tahun 2008)
SMK Putrajaya Presint 9(1) : 15 orang (tahun 2008)
SMK Putrajaya Presint 9(2) : 1 orang (tahun 2008)

Teruskan usaha untuk tahun 2009 nanti. InsyaAllah.

Tuesday, December 23, 2008

PAKEJ ELEKTIF TINGKATAN 4 TAHUN 2009

BERIKUT ADALAH PAKEJ ELEKTIF TINGKATAN 4 YANG AKAN DITAWARKAN BAGI TAHUN 2009

4 SAINS TULIN (4ST)
Mat Tambahan + Fizik + Kimia + Biologi

4 SAINS TULIN & REKACIPTA(4 ST RC)
Mat Tambahan + Fizik + Kimia + Biologi/Reka Cipta

4 SAINS TEKNOLOGI & LUKISAN KEJURUTERAAN (4 IT LK)
Mat Tambahan + Fizik + Kimia + Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan

4 PERAKAUNAN
Mat Tambahan + Perdagangan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun

4 EKONOMI ASAS
Perdagangan + Ekonomi Asas + Pend Seni/Tasawur

4 PERDAGANGAN
Perdagangan + Pendidikan Seni/Tasawur

Thursday, December 11, 2008

PENDAFTARAN TINGKATAN 4 TAHUN 2009

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PELAJAR TINGKATAN 4 TAHUN 2009
Tarikh : 2 Januari 2009(Jumaat)
Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran pelajar dan Pemilihan Pakej M/Pelajaran)
11.00 pagi (Taklimat Pengetua bersama Ibubapa dan Pelajar)
Tempat : Dewan Perdana Putra SMK Putrajaya Presint 8(1)
Pakaian : Uniform sekolah yang lengkap

Dokumen berikut perlu di bawa semasa pendaftaran:
1.Salinan fotostat kad pengenalan pelajar dan ibubapa
2.Salinan fotostat surat beranak pelajar
3.Gambar pelajar berukuran pasport(4 keping)
4.Salinan slip keputusan peperiksaan PMR 2008

blogger templates | Make Money Online