MELIHAT POSITIF DALAM NEGATIF
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT..
- Untuk suami/ isteri yang selalu tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita dan bukan tidur dengan orang lain.
- Untuk anak / adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan berpeleseran di jalanan.
- Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
- Untuk pakaian kita yang tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
- Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
- Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih mendengar.
- Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/ digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
- Untuk kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
- Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
- Untuk jam loceng yang berbunyi/ berdering di waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut..
BELAJARLAH BERSYUKUR…..
0 Comments:
Post a Comment