SEBELUM MENULIS JAWAPAN
1. MULAKAN DENGAN BISMILLAH
Melangkah dengan kaki kanan ke dewan peperiksaan sambil membaca BISMILLAH dan AL-FATIHAH. Berserahlah kepada Allah, pohon restu restu, hidayah dan taufiq Allah agar ditenangkan hati, dilapangkan dada.
2. BACA ARAHAN DENGAN TELITI
Jika arahan menyuruh anda menjawab 5 soalan, JANGAN menjawab lebih. Jika jawab lebih, anda kehilangan masa, jika jawab kurang, anda kehilangan markah. Calon yang tidak mengikut peraturan pasti kehilangan merkah, kemungkinan akan gagal.
3. BACA SOALAN DENGAN TELITI
Baca soalan berkali-kali, faham dan beri satu jawapan adalah lebih baik daripada membaca soalan sekali sahaja dan terus memberi jawapan yang salah.
4. DAHULUKAN SOALAN MUDAH
Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu, disusuli dengan soalan yang sukar. Ini akan menenangkan anda.
5. KEUTAMAAN
Jawab soalan wajib dahulu dan berikan peruntukan masa yang cukup untuk soalan itu.
6. FAHAMILAH BENTUK SOALAN
Apa~Bila~Bagaiman~Siapa~Kenapa~Mengapa~Di mana dan sebagainya …..
7. FAHAMILAH PERBEZAAN SOALAN
Huraikan~Berikan ulasan~Bincangkan~Ceritakan~
Bariskan~Bezakan~Definisikan~Adakah anda bersetuju atau tidak bersetuju dan sebagainya…...
"GOOD LUCK "
CIKGU SENTIASA DOAKAN KEJAYAAN UTK ANDA SEMUA
0 Comments:
Post a Comment