Sunday, August 10, 2008

TABIAT BURUK

Tabiat buruk yang harus dielakkan

Semasa anda belajar, ada beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan. Mari kita kongsi bersama satu daripada tabiat buruk ini.

Tabiat buruk yang perlu kita elakkan ialah menyebut perkataan ‘ susah’, ‘pening’ dan ‘tak boleh’. Berdasarkan pengelaman saya, ini adalah perkataan yang sangat digemari oleh pelajar. Baru sahaja cikgu perkenalkan topik baru, mereka dah kata “susah la topik ni cikgu”. Baru sahaja cikgu terangkan tentang topik baru itu, mereka dah kata ” pening la kepala saya cikgu”. Baru sahaja cikgu suruh buat latihan, mereka dah kata “tak boleh buat la cikgu”.

Ini adalah satu tabiat yang sangat buruk. Kita perlu sedar satu perkara. Ada satu bahagian di dalam otak kita yang bergerak balas terhadap arahan kita. Ia akan memastikan reaksi tubuh badan kita selari dengan apa yang kita arahkan. Contohnya, bila anda kata susah, bahagian otak ini akan bergerak balas dengan membuat tubuh badan anda kelihatan seperti orang susah. Anda akan duduk macam orang susah dan muka anda juga kelihatan susah. Akibatnya, anda benar-benar merasa susah dan tidak mungkin dapat mempelajari topik baru itu.

Jadi, buat permulaan, hindari daripada menyebut perkataan negatif di atas. Walaupun anda merasa susah semasa mempelajari sesuatu topik baru, bersabar dan teruskan usaha. Tarik nafas dalam-dalam dan wujudkan keyakinan dalam diri bahawa anda boleh memahami topik baru itu.

Selamat mencuba.

2 Comments:

Motivasi Belajar said...

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada pihak SMK Putarajaya Presint 8(1) kerana meletakkan link kepada laman web Osman Affan. Saya sebagai pengurus Creative Questions Enterprise ingin menyatakan bahawa En Osman benarkan hasil tulisannya di paparkan di blog tetapi penulisnya mestilah diumumkan. Maksudnya jika hasil tulisan En Osman dipaparkan, nama beliau mesti diletakkan agar tidak ada salah faham yang berlaku.

Perkara ini merujuk kepada posting ini kerana ia adalah hasil tulisan En Osman Affan yang ditulis di sini
http://www.motivasibelajar.com/teknik-belajar/tabiat-buruk-yang-harus-dielakkan.html

Terima kasih.
Arif Ahmad

PakciQue said...

Tiba-tiba aku perasan. Aku dah mula gemar gigit belakang pen. Apa kes?

TABIAT BURUK TERBARU

blogger templates | Make Money Online