Monday, August 4, 2008

SMARTSTUDY SPM/STPM DAN PMR

Baru-baru ni Jabatan Pelajaran Putrajaya telah menganjurkan Program Motivasi kepada pelajar PMR pada 3 julai 08 bertempat di SMK Putrajaya Presint 9(2). Kelas yang terlibat cuma 3p1, 3p2 dan beberapa orang dari 3p3 sahaja sebab setiap sekolah cuma boleh hantar 66 orang pelajar sahaja.

Pada 7 julai pula seramai 50 orang pelajar SPM mengikuti program motivasi anjuran Jabatan Pelajaran Putrajaya yang diadakan di Auditorium Parcel B, Jabatan Perdana Menteri. Pelajar yang terlibat cuma dari kelas 5s1 dan 5s2 serta beberapa orang dari kelas -kelas lain yang dipilih berdasarkan markah.

Oleh itu....bagi membolehkan semua pelajar PMR, SPM dan STPM dapat mengikuti program yang sama, maka satu program khas telah dirancang untuk pelajar T3, T5 dan T6A iaitu PROGRAM SMART STUDY yang akan dikendalikan oleh penceramah yang sama iaitu Encik Osman Affan. Pelajar yang telah mengikuti program tersebut pada 3 julai(PMR) dan 7 julai(SPM) akan dikecualikan.

SMARTSTUDY SPM/STPM akan diadakan pada 9 Ogos 2008(Sabtu) mulai 7.30 pagi hingga 12.30 tgh. Kelas yang terlibat ialah 5S3,5S4,5A1,5A2 dan T6A di Auditorium Bestari SMK P8(1)

SMARTSTUDY PMR akan diadakan pada 14 Ogos 2008(Khamis) mulai 7.30 pagi hingga 12.30 tgh. Kelas yang terlibat ialah 3P3,3P4,3P5,3P6 dan 3P7 di Auditorium bestari SMK P8(1).

HARAP PROGRAM INI DAPAT MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA SEMUA.. ALL THE BEST!!

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online