Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009



Kepada warga SMK Putrajaya Presint 8(1)
Happy New Year 2009
Semoga kehadiran tahun baru akan lebih memberi makna dan kebahagiaan
Best wishes from Sue...

IN THE END

In The End - Linkin Park
It starts with love

One thing
I don't know why
It doesn't even matter how hard you try
Keep that in mind
I designed this rhyme to explain in due time
(All I know)

Time is a (valuable thing)
Watch it fly by as the pendulum swings
Watch it count down to the end of the day
The clock (ticks life away)
(It's so unreal)

Didn't look out (below)
Watch the time go (right out the window)
Tried to hold on, but (didn't even know)
I wasted it all just to(watch you go)

I kept everything inside
And even though I tried
It all fell apart
What it meant to me
Will eventually be
A memory
Of a time

I tried so hard
And got so far
But in the end
It doesn't even matter.

I had to fall
To lose it all
But in the end
It doesn't even matter.

One thing
I don't know why
It doesn't even matter how hard you try
Keep that in mind
I designed this rhyme to remind myself how I
(Tried so hard)

In spite of the way you were mocking me
Acting like I was part of your property
Remembering all the times you fought with me
I'm surprised(It got so far)

Things (aren't the way they were before)
You wouldn't even recognize me anymore
Not that you knew me back then
But it all comes back to me(In the end)

You kept everything inside
And even though I tried
It all fell apart
(What it meant to me will eventually be a memory of a time when I)

I tried so hard
And got so far
But in the end
It doesn't even matter

I had to fall
To lose it all
But in the end
It doesn't even matter

I put my trust in you
Pushed as far as I can go
For all this
There's only one thing you should know

I put my trust in you!
Pushed as far as I can go!
For all this!
There's only one thing you should know!

I tried so hard
And got so far
But in the end
It doesn't even matter

I had to fall
To lose it all
But in the end
It doesn't even matter

Tuesday, December 23, 2008

PAKEJ ELEKTIF TINGKATAN 4 TAHUN 2009

BERIKUT ADALAH PAKEJ ELEKTIF TINGKATAN 4 YANG AKAN DITAWARKAN BAGI TAHUN 2009

4 SAINS TULIN (4ST)
Mat Tambahan + Fizik + Kimia + Biologi

4 SAINS TULIN & REKACIPTA(4 ST RC)
Mat Tambahan + Fizik + Kimia + Biologi/Reka Cipta

4 SAINS TEKNOLOGI & LUKISAN KEJURUTERAAN (4 IT LK)
Mat Tambahan + Fizik + Kimia + Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan

4 PERAKAUNAN
Mat Tambahan + Perdagangan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun

4 EKONOMI ASAS
Perdagangan + Ekonomi Asas + Pend Seni/Tasawur

4 PERDAGANGAN
Perdagangan + Pendidikan Seni/Tasawur

Thursday, December 11, 2008

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2009

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2009
Tarikh : 2 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi (sesi taklimat diikuti pendaftaran pelajar)
Tempat : Dewan Perdana Putra SMK P8(1) - Sesi Taklimat
Dataran Wawasan SMK P8(1) - Sesi Pendaftaran
Pakaian : Uniform sekolah lengkap

Ibubapa/penjaga diminta menyerahkan dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah semasa hari pendaftaran, sekiranya belum menyerahkannya kepada sekolah rendah sebelum cuti sekolah 2008.
1.Borang Maklumat Pelajar
2.Salinan Fotostat Kad Pengenalan Pelajar dan Ibubapa
3.Salinan Fotostat Surat Beranak Pelajar
4.Gambar Pelajar Berukuran Pasport (6 keping)
5.Buku Rekod Kesihatan Pelajar
6.Salinan Slip Keputusan Peperiksaan UPSR 2008

PENDAFTARAN TINGKATAN 4 TAHUN 2009

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PELAJAR TINGKATAN 4 TAHUN 2009
Tarikh : 2 Januari 2009(Jumaat)
Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran pelajar dan Pemilihan Pakej M/Pelajaran)
11.00 pagi (Taklimat Pengetua bersama Ibubapa dan Pelajar)
Tempat : Dewan Perdana Putra SMK Putrajaya Presint 8(1)
Pakaian : Uniform sekolah yang lengkap

Dokumen berikut perlu di bawa semasa pendaftaran:
1.Salinan fotostat kad pengenalan pelajar dan ibubapa
2.Salinan fotostat surat beranak pelajar
3.Gambar pelajar berukuran pasport(4 keping)
4.Salinan slip keputusan peperiksaan PMR 2008

Thursday, December 4, 2008

MESYUARAT E-KAUNSELING KEBANGSAAN

Puan Suriani sedang membentangkan pelaporan L8 E-Kaunseling Putrajaya

Perbincangan antara En Ahmad Kamal b Ariffin(Pen Pengarah SPPK, KPM), En Kamaluddin Mohd Kassim(KU HEM Pej Pelajaran Putrajaya), En Norhisham Omar(Super Administrator E-Kaunseling Kebangsaan) dan Pn Suriani Yusoff(Administrator E-Kaunseling Putrajaya)
En Ahmad Kamal dan En Norhisham
Encik Rahim b Othman(Pen Pengarah SPPK,KPM)

MESYUARAT E-KAUNSELING PERINGKAT KEBANGSAAN
TELAH DIADAKAN
PADA
1-4 DISEMBER DI HOTEL GOLD COURSE, KLANG.

Mesyuarat ini dihadiri oleh kesemua Administator E-Kaunseling Negeri, Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Negeri dan Pegawai-pegawai Kaunseling Negeri.

Friday, November 28, 2008

7 Punca Diet Anda Gagal


E-mail

Anda sudah mengurangkan makan nasi, tidak lagi makan malam. Tidak juga menjamah coklat dan makanan kering kegemaran anda, tapi berat badan tak juga turun. Jika ini berlaku pasti ada yang tidak kena dengan cara anda berdiet. Kegagalan ini tentunya disebabkan oleh pelbagai perkara.


Inilah beberapa punca mengapa usaha anda untuk menurunkan berat badan gagal dan jawapan untuk mengatasinya :-

1) Pengambilan lemak berlebihan

Tidak dapat dinafikan, makanan yang mengandungi lemak lebih lazat dan sedap. Tidak hairan anda sukar menghadkan pengambilan hingga 30 peratus sahaja makanan jenis ini. Kajian menunjukkan seamkain banyak anda mengambil lemak, semakin kurang anda menyerap zat makanan yang lain dan mendorong penambahan berat badan.

Saranan :

secara umumnya, semakin sedikit anda memproses makanan, semakin rendahlah kandungan lemak didalamnya. Seabik-baiknya anda memilih makanan yang dipanggang daripada yang digoreng. Hadkan makanan manis yang kaya lemak. Jika anda membeli makanan yang sudah dipaketkan, perhatikan kandungan lemak pada labelnya. Pilih makaan yang kandungan lemaknya tidak lebih dari 3gm per 100 kalori.

2) Jarang bersarapan

Sekiranya anda tidak bersarapan kerana mahu mengelakkan gemuk, bermakna strategi anda itu salah. Tahukah tanpa sarapan, tubuh akan terasa amat lapar hingga mengakibatkan nafsu makan semakin besar apabila tiba masa makan tengahari. Kajian di barat menunjukkan, orang yang bersarapan dengan bijirin setiap pagi akan lebih cergas dan mempunyai tingkahlaku lebih positif.

Saranan :-

Biasakan sarapan.

Bekerja dengan perut kosong menyukarkan anda memberi tumpuan pada pekerjaan. Hindari makanan yang manis-manis kerana makanan ini membuat anda berasa terlalu kenyang dan mengantuk. Pilih sarapan yang mempunyai karbohidrat seimbang. Makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran, buah-buahan dan bijirin boleh menstabilkan gula dalam darah dan membuat anda terasa kenyang hingga waktu makan tengahari.

3) Tidak pernah mencatat

Sebahagian besar daripada kita merasakan tidak penting untuk mencatat setiap makanan yang kita makan. Samada makanan yang berkhasiat atau sebaliknya.

Saranan :-

Buatlah sebuah diari diet, iaitu dengan mencatatkan pengambilan makanan harian anda. Dengan catatan ini, anda akan lebih berhati-hati setiap kali ingin memilih makanan. Diari tersebut juga akan membantu anda menunjukkan dengan tepat situasi yang menyebabkan anda ingin makan. Ia juga boleh membantu anda untuk membezakan anda makan kerana keperluan atau kerana nafsu.

4) Ketagihan gula

Boleh dikatakan semua orang suka gula. Tidak lengkap makanan tanpa gula terutama teh dan kopi. Dan ternyata rasa manis merupakan pengukur penting yang mempengaruhi tahap kegemaran pengguna terhadap sesuatu produk. Dan kebanyakan makanan sihat seperti yoghurt dan oatmeal juga mengandungi banyak gula.

Saranan :-

Jangan amalkan makanan manis-manis sebagai pencuci mulut setiap kali selesai makan. Makan makanan jenis ini hanya sekali seminggu. Baca label nutrient untuk menghadkan penggunaan gula seabgai bahan utamanya. Selain itu cuba elakkan makanan yang dianggap sihat tetapi sebenarnya mengandungi banyak gula. Kurangkan minum minuman bersoda atau gantikan dengan minuman bersoda bebas gula.

5) Makan kekacang

Kacang soya, kacang merah, kacang buncis, kacang tanah dan seumpamanya adalah jenis makanan yang rendah lemak, mengenyangkan, kaya serat, protein dan karbohidrat. Makanan jenis ini juga mengandungi nutrient yang baik untuk wanita.

Saranan :-

Tambahkan jumlah pengambilan kekacang dan biji-bijian ini. Amalkan selalu dan beri kesempatan pada tubuh anda menambah serat. Jika tidak mahu memasak sendiri , anda boleh membelinya di kedai tetapi perhatikan kadar sodium, garam dan cara pengolahannya.

6) Pengambilan kalsium

Anda pasti sudah mengetahui betapa pentingnya kalsium untuk kesihatan tulang dalam mencegah osteoporosis. Kajian yang dibuat di Creighton University Osteoporosis Research Center, mendapati makanan kaya kalsium mapu mengawal kejadian overweight hingga 70 peratus. Namun sayangnya, ramai di antara kita yang tidak suka makanan mahupun minuman yang berkalsium. Malahan ada yang menggantikan susu dengan makan keju tinggi lemak.

Saranan :-

Minumlah dua gelas susu rendah lemak setiap hari. Dengan cara ini anda menyelamatkan tulang daripada rapuh, sementara zatnya memadai untuk mengalas perut dengan bahan rendah kalori. Anda boleh minum soya jika tidak begitu gemarkan susu biasa.

7) Kurang serat

Dibandingkan makan buah-buahan, sayur-sayuran atau produk gandum yang kaya serat, karbohidrat, vitamin dan mineral, anda mungkin lebih sukakan kek, atau kuih, yang biasanya dibuat daripada lemak, gula, garam dan bahan additive. Sedangkan bahan bersumber daripada tepung gandum ini merupakan salah satu sumber lemak tepu terbanyak dalam diet kita.

Saranan :-

Anda boleh menggantikan roti putih, mi atau kek dengan roti whole grain, bijirin atau pasta. Supaya rasanya lebih lazat, anda boleh mencampurkan bijirin dengan buah-buahan segar. SELAMAT BERDIET..

Sunday, November 9, 2008

SELAMAT MENEMPUH SPM & STPM

Bila Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu

Selamat Menempuh Peperiksaan SPM dan STPM untuk semua putera puteri T5 dan T6Atas.
Berusaha, berdoa dan bertawakkal... Semoga kejayaan menanti anda.

Daripada warga SMK Putrajaya Presint 8(1)

Saturday, November 8, 2008

PROGRAM HAIKU ORIGAMI

Semua pelajar T3 terlibat dengan Program Haiku Origami kerjasama Kedutaan Jepun

PROGRAM ROBOTIK

Pelajar sedang melihat demo robotik mengikut kumpulan masing-masing

TAKLIMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH TEKNIK

Pelajar T3 sedang mendengar taklimat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik
Taklimat disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pn Ramlah, Pn Lailati(kaunselor SM Teknik Sepang)

DoTA Premier League

Pertandingan DoTA (Defence of The Ancient) sedang berlangsung di Computer Lab 1
Team yang menang ialah Team Thinker Mate

blogger templates | Make Money Online