Thursday, March 12, 2009

KEPUTUSAN SPM

Tahniah kepada calon SPM 2008, alhamdulillah SMKP8(1) masih dapat mengekalkan peratus kelulusan 100% dan masih kekal tempat pertama sekolah menengah harian di Putrajaya.

Calon SPM 2009, teruskan usaha anda dan insyaAllah kejayaan milik kita semua.

Saturday, March 7, 2009

KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2008

Keputusan SPM, STAM 2008 12 Mac
2009-03-06

KUALA LUMPUR 5 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing- masing bermula pukul 10pagi.

“Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya.

Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM JARAK No. kad pengenalan dan hantar ke39003 atau laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada hari berkenaan.

Tuesday, March 3, 2009

BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN

Tawaran Biasiswa Monbukagakusho: MEXT 2010

Biasiswa Monbukagakusho: MEXT 2010 Bagi Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda & Sarjana

TEMPOH :
Program Sarjana Muda (5 – 7 tahun bermula April 2010)
Program Sarjana (1 ½ tahun atau 2 tahun bermula April / Oktober 2010)


SYARAT PERMOHONAN :
Program Sarjana Muda(kursus Ijazah Sarjana Muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2010)

1. Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2009 (dilahirkan antara 2 April 1988 dan 1 April 1993);
2. Pemohon mestilah tamat SPM atau O-Level dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (Tidak Termasuk Kelas Peralihan). Pelajar STPM (rendah / atas) dan mereka yang akan mengambil peperiksaan A-Level, UEC, Matrikulasi atau Diploma pada tahun ini juga layak memohon (dengan syarat keputusan peperiksaan diketahui pada Mac 2010)
3. Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai keputusan cemerlang di dalam subjek major yang lain.

Program Sarjana(kursus 1 ½ tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2010)

1. Pemohon mestilah dibawah umur 35 tahun pada 1 April 2009 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1975);
2. Pemohon mestilah mempunyai ijazah sarhana muda (keutamaan bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (Tidak Termasuk Kelas Peralihan). Siswazah sarjana muda yang berada di tahun akhir pengajian di universiti juga layak memohon.

TARIKH TUTUP :
30 Mac 2009

RUJUKAN :
http://www.my.emb-japan.go.jp/
http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/MEXT2010/BM.pdf

SIARAN AKHBAR : Tawaran Biasiswa PILN 2009

Siaran Akhbar: Tawaran Biasiswa PILN 2009

Modal insan adalah merupakan aset negara yang paling berharga. Justeru, Kerajaan sentiasa mempergiatkan usaha-usaha yang berterusan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti. Penajaan biasiswa bagi para pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara adalah merupakan salah satu inisiatif yang perlu diteruskan. Ini merupakan pelaburan jangka panjang yang hasilnya bakal dinikmati apabila mereka pulang berkhidmat dan seterusnya menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan Program Ijazah Luar Negara (PILN) bagi tahun 2009 untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2008 mengikuti pengajian di universiti luar negara dalam bidang-bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar), Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara. Jumlah keseluruhan bilangan biasiswa yang disediakan bagi tahun 2009 adalah 2,000.

Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa. Pada tahun 2008, misalnya, JPA telah menerima sebanyak 15,220 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,282 permohonan memenuhi syarat minimum yang ditetapkan sedangkan bilangan biasiswa yang ditawarkan adalah terhad iaitu sebanyak 2,000 sahaja.

Bidang pengajian yang menerima permohonan terbanyak ialah Perubatan, manakala, negara pengajian yang menjadi pilihan utama calon ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand. Walau bagaimanapun, semua permohonan tidak boleh dipenuhi kerana tertakluk kepada kekangan kuota pelajar asing bagi bidang perubatan di universiti luar negara.

Berdasarkan pengalaman lalu, bilangan permohonan bagi tahun 2009 dijangka akan meningkat di kalangan calon yang cemerlang. Namun bilangan biasiswa yang terhad akan menjadikan PILN terus kompetitif. JPA, dengan ini, menasihatkan agar calon serta ibu bapa menerima hakikat ini dan berusaha untuk menimbangkan sumber-sumber alternatif penajaan yang lain.

Menyedari persaingan yang kompetitif dalam PILN 2009, usaha penambahbaikan terhadap kriteria pemilihan telah dimantapkan meliputi pencapaian akademik, penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum, sosio-ekonomi (termasuk tanggungan keluarga) dan prestasi temuduga.

Mulai tahun ini, panel temu duga dilantik daripada pegawai-pegawai Kerajaan pelbagai profesion dan kaum mengikut bidang-bidang tajaan. Misalnya, pelajar-pelajar yang memilih bidang perubatan/kesihatan akan ditemu duga oleh pegawai perubatan/pergigian/ farmasi yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu jawatankuasa khas akan menyelia urusan temu duga bagi memastikan pelaksanaannya telus, adil dan saksama.

Temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut bidang-bidang pengajian (misalnya perubatan/pergigian/farmasi/perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi dan sains sosial). Setiap satu kumpulan terdiri daripada empat orang calon dalam kelompok yang sama dan calon-calon ini akan ditemu duga dan mengadakan perbincangan mengikut topik yang diberikan oleh panel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor. Program ini akan dilaksanakan selama lima hari mulai 23 hingga 27 Mac 2009 di 49 buah hospital-hospital Kerajaan yang telah dikenalpasti dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Aspek-aspek yang didedahkan adalah seperti keadaan dan tanggungjawab seorang doktor di Jabatan Kemalangan/Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Pembedahan/ O&G/Orthopedik, pengurusan di bilik mayat, on-call dan lain-lain yang bersesuaian.

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan PILN akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Calon-calon diingatkan supaya mengekalkan tahap kecemerlangan mereka kerana penajaan ke universiti-universiti di luar negara hanya akan diteruskan ke atas mereka yang mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, rekod kehadiran kelas melebihi 90 peratus dan tiada rekod disiplin.

Calon-calon yang tidak berjaya mendapat biasiswa di bawah PILN masih berpeluang untuk mendapat tajaan JPA di IPT tempatan yang diiktiraf termasuk kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia (University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology) dan AIMST University.

Maklumat lanjut mengenai PILN 2009 akan diumumkan kemudian.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya

26 Februari 2009

TAWARAN BIASISWA JPA

Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 Bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2008

1. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2009.
2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
3. Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.
4. Maklumat lanjut mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan. Calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.
5. Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 23 sehingga 27 Mac 2009. Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
6. Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.jpa.gov.my:
1. Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 18 Mac 2009
2. Keputusan panggilan temuduga JPA : 25 Mac 2009
7. Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 31 Mac hingga 3 April 2009. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
8. Pelajar-pelajar yang memohon tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.mara.gov.my :
1. Keputusan panggilan dan maklumat temuduga MARA : 27 Mac 2009
9. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853550 atau 03-88853559. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
10. Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my
11. Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my.
12. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my dan laman web http://www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.

Sunday, March 1, 2009

PROGRAM SINAR SABTU

PROGRAM SINAR SABTU PMR DAN SPM TAHUN 2009
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
TEMPAT : KELAS MASING-MASING

7 FEB 2009
BAHASA MELAYU (PMR)
SAINS / FIZIK (SPM)

14 FEB 2009
BAHASA INGGERIS (PMR)
MATEMATIK (SPM)

21 FEB 2009
SEJARAH (PMR)
MAT TAMBAHAN / PERDAGANGAN (SPM)

28 FEB 2009
PEND ISLAM (PMR)
BIOLOGI / EKONOMI ASAS (SPM)

7 MAC 2009
GEOGRAFI (PMR)
KIMIA / PA / PDG (SPM)

28 MAC 2009
MATEMATIK (PMR)
BAHASA MELAYU (SPM)

4 APRIL 2009
SAINS (PMR)
SEJARAH (SPM)

18 APRIL 2009
KEMAHIRAN HIDUP (PMR)
PEND ISLAM (SPM)

25 APRIL 2009
BAHASA MELAYU (PMR)
BAHASA INGGERIS (SPM)

FORUM CEMERLANG PMR

Pelajar Tingkatan 3 tahun 2009 bersama kelompok mentor-mentee mereka dalam Program Forum Cemerlang PMR





KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2009 / 2010

Pemohon yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian di peringkat Diploma/ Program Persediaan dan Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan seperti berikut :
Universiti Malaya(UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis (UMP)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Permohonan dibuka mulai 03 Februari 2009.
Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja. Untuk mendapatkan maklumat tepat, lengkap dan terkini, sila layari laman web www.mohe.gov.my atau upu.mohe.gov.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian berikut :
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 1, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA
Tel : 03-88835801/5802
Fax : 03-88894260

Tarikh tutup permohonan :
Lepasan STPM/STAM/SPM 2008 ialah 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi STPM/STAM/SPM tahun 2008 diumumkan.

blogger templates | Make Money Online