Wednesday, March 5, 2008

Program Motivasi PMR, SPM & STPM




Bilik Kaunseling
















Objektif Unit Bimbingan Dan Kaunseling

2.3.1 Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan:

2.3.1.1 Pemilihan mata pelajaran secara berkesan.
2.3.1.2 Kemahiran belajar.

2.3.2 Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :

2.3.2.1 Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.
2.3.2.2 Ujian psikometrik.

2.3.3 Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui:

2.3.3.1 Program psikososial.
2.3.3.2 Program kesejahteraan mental.

2.3.4 Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan
kesejahteraan individu melalui:

2.3.4.1 Konsultasi keibubapaan.
2.3.4.2 Kaunseling keluarga.

2.3.5 Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah melalui:-

2.3.5.1 Pendekatan Keluarga Cemerlang
2.3.5.2 Pembentukan Jati Diri Remaja
2.3.5.3 Sekolah Bebas Dadah

2.3.6 Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui:-

2.3.6.1 Mengenal Diri Dan Potensi Diri
2.3.6.2 Kemahiran Kepimpinan
2.3.6.3 Kehidupan Bermasyarakat
2.3.6.4 Penyelesaian Masalah

Piagam Pelanggan Unit Bimbingan Dan Kaunseling

1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada

persetujuan klien.

5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi

individu atau kelompok.

6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48

jam.

7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan

kaunseling krisis.

8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi

keupayaan Guru Kaunseling.

9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan

beretika.

10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada

negara.

Visi dan Misi


VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang terapeutik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2010.


MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan
berakhlak mulia.

Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program
bimbingan dan kaunseling.

Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

blogger templates | Make Money Online