Sunday, October 26, 2008

JADUAL PROGRAM SELEPAS PMR

Kepada pelajar tingkatan 3,

Dapatkan Jadual Program Selepas PMR 2008

Sebarang pertanyaan sila jumpa cikgu suriani.

Sunday, October 12, 2008

BANK SOALAN SPM

Dapatkan Bank Soalan SPM untuk rujukan.

http://www.banksoalanspm.com/Download.html

KOLEKSI SOALAN MRSM (SPM)

Koleksi soalan MRSM boleh diperolehi dari web di bawah:

http://www.mara.gov.my/Bpm/kertas_periksa/menu_paper.htm

KOLEKSI SOALAN TRIAL SPM

Koleksi soalan Trial SPM dari beberapa negeri boleh di ambil dari blog dibawah.

http://koleksisoalan.blogspot.com/

KOLEKSI SOALAN BM SPM

DAPATKAN KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU PMR DAN SPM DARI BLOG CIKGU TAN C L

http://cikgutancl.blogspot.com/

SELAMAT MELAYARI & TERIMA KASIH CIKGU TAN...

Friday, October 10, 2008

SELAMAT MENEMPUH PMR

Kepada calon-calon PMR 2008 SMK Putrajaya Presint 8(1),
Cikgu ucapkan selamat maju jaya dan semoga kejayaan adalah milik kita semua.
Cikgu masih ingat lagi janji-janji yang kamu berikan semasa majlis restu pada 10 Oktober 2008 iaitu:

Andai Satu Yang Berjaya
Akulah Orangnya
Andai Sepuluh Yang Berjaya
Akulah Yang Pertama
Andai Seratus Yang berjaya
Akulah Diantaranya....

All The Best..

Sunday, September 7, 2008

TENTANG WAKTU

Tentang Waktu

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Thursday, September 4, 2008

FORUM SMKP8(1)

PELAJAR DAN GURU SMK P8(1) DIJEMPUT BERKONGSI PENDAPAT, IDEA, KOMEN, CADANGAN DAN SEBAGAINYA MELALUI FORUM WARGA SMKP8(1) YANG TELAH DIBINA OLEH SALAH SEORANG PELAJAR DARI KELAS 3P2. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA HAZIQ IFWATT BIN IZMI DI ATAS USAHA INI. TERIMA KASIH DAUN KELADI...

APPLY KE SBP

PELAJAR TINGKATAN 3 YANG BERMINAT BOLEH MOHON KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAGI TINGKATAN 4 TAHUN 2009 MELALUI LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RAMADHAN DATANG LAGI....

Sesungguhnya Ramadhan membuka ruang dan peluang untuk membentuk peribadi mulia
Jaga lisan
Jaga tulisan
Jaga perbuatan
Kawal percakapan
Kawal pendengaran
Kawal penglihatan
Bentuk akhlak yang baik
Jaga sopan santun berbicara
Jaga ayat dan kalimat dalam penulisan
Jaga adab dan tingkahlaku dalam berinteraksi dengan orang lain..
Singkirkan segala sifat mazmumah
Isilah dengan sifat mahmudah..
Jika hati berniat untuk menjadi baik, Allah SWT membuka seluas-luas jalan untuk kita mencapai kebaikan itu
-dipetik dari Amal-Halaman Hayat-

Wednesday, September 3, 2008

KENANGAN DI LABUAN

Kaunselor bersama pelajar tingkatan 6 di KLIA

Kontinjen Putrajaya bergambar kenangan semasa Majlis Makan Malam


Lawatan ke Petronas Labuan

Gelagat pelajar perempuan tingkatan 6 semasa Majlis Makan Malam

PRA PMR 2008

JADUAL PRA PMR 2008

Isnin
2.30-3.30 - KEMAHIRAN HIDUP
3.30-4.30 - PENDIDIKAN ISLAM

Selasa
2.30-3.30 - BAHASA INGGERIS
3.30-4.30 - SEJARAH

Rabu
2.30-3.30 - BAHASA MELAYU
3.30-4.30 - SAINS

Khamis
2.30-3.30 - GEOGRAFI
3.30-4.30 - MATEMATIK

TARIKH:
PRA PMR 1 : 8 - 11 Sept 2008
PRA PMR 2 : 15 - 18 Sept 2008
PRA PMR 3 : 22 - 25 Sept 2008

blogger templates | Make Money Online