" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)
Sunday, June 29, 2008
Petua dapat pahala lebih...
MELATAH PUN BOLEH DAPAT PAHALA
Pernah dengar orang melatah? Sekarang ini, orang melatah tak kira tua atau muda. Cuma yang tak sedapnya apabila melatah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sedap didengar. Mungkin agak sukar untuk ubah tapi apa kata anda mencuba! (Jika anda melatah la) Jika anda mahu melatah, cuba TUKAR dari perkataan-perkataan yang mencarut atau kurang sopan KEPADA untaian zikir. Contoh: Subhanallah Walhamdulillah Allahuakbar. Cara terbaik nak ubah, mungkin buat permulaan, anda boleh biasakan lidah anda dengan mengucap berkali-kali perkataan zikrullah ini. Lama-lama pasti anda akan melatah pun dengsn zikrullah. Kan senang nak tambah pahala. Sambil melatah pun boleh dapat pahala! Cubalah! Gerenti syok!
Posted by CIKGU SUE at 6:52 AM 0 comments
Labels: KOLEKSI PETUA
Petua Jaga Hati Isteri
Petua menjaga hati isteri · Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah · Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan. · Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah. · Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain. · Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri. · Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri. · Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya. · Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung. · Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi. · Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah · Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.
Posted by CIKGU SUE at 6:48 AM 0 comments
Labels: COFEE CORNER FOR TEAECHERS, KOLEKSI PETUA
Saturday, June 28, 2008
Lelaki jangan 'Mengandung'
Posted by CIKGU SUE at 7:13 AM 0 comments
Labels: KOLEKSI PETUA
Sedapnya Pisang
Pisang kaya dengan potassium, magnesium dan sumber vitamin B-6. Ia mampu menambah tenaga dalam badan anda. Ia baik untuk mengawal tekanan, degupan jantung serta tekanan darah anda. Buah pisang juga berupaya membantu mengurangkan risiko untuk kena strok. Boleh meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Ia juga membantu pembentukkan sel darah merah, menstabilkan sistem darah dan meningkatkan metabolisma badan. Ia juga sebagai pelawas terbaik buat individu yang sukar untuk ‘melepaskan hajat’. =p
p/s: banyak lagi sebenarnya khasiat yang terdapat dalam pisang. apa yang saya kongsikan disini hanya sebahagian dari khasiatnya yang saya perolehi dari sebuah bahan bacaan.
Posted by CIKGU SUE at 7:10 AM 0 comments
Labels: INFO KESIHATAN
Petua awet muda
Tips ini mudah dan boleh dipraktikkan tanpa sebarang kos. Caranya, anda hanya perlu bangun di awal pagi, kira-kira jam 5 pagi. Kemudian, anda mandi tanpa menggunakan air panas.. Kalau anda rasa malas nak mandi di waktu itu, anda boleh ambil wudhuk untuk bersiap sedia mengerjakan solat Subuh. Dengan berwudhuk, anda telah membasuh muka anda dengan air yang sejuk itu.
Tahukah anda, apabila anda tidur, kulit wajah anda akan mengendur. Liang-liang pori diwajah anda akan terbuka pada ketika itu. Jadi, apabila anda bangun di awal pagi dan membasuh muka anda dengan air sejuk pada waktu itu, kulit wajah anda akan kembali tegang. Liang-liang pori yang terbuka pula akan mengecil dan ia mengembalikan keremajaan kulit anda! Jadi, tidak hairanlah kebanyakkan orang yang sering bangun di awal pagi memiliki wajah yang sihat tampak muda! (Dato Sarimah Ahmad juga mengakuinya dalam buku tulisan beliau)
p/s: Berwudhuk juga satu amalan yang baik. Amalkanlah agar kita sentiasa berada dalam keadaan suci selalu. =)
Posted by CIKGU SUE at 7:08 AM 0 comments
Labels: KOLEKSI PETUA
Perjuangan
Apabila anda mengubah pemikiran anda
Anda mengubah kepercayaan anda
Apabila anda mengubah kepercayaan anda
Anda mengubah jangkaan anda
Apabila anda mengubah jangkaan anda
Anda mengubah sikap anda
Apabila Anda mengubah sikap anda
Anda mengubah tabiat anda
Apabilal Anda mengubah tabiat anda
Anda mengubah prestasi anda
Apabila Anda mengubah prestasi anda
Anda mengubah KEHIDUPAN ANDA…
salam perjuangan..!!
Posted by CIKGU SUE at 7:07 AM 0 comments
Labels: MOTIVASI
Power of Imagination
THE POWER OF IMAGINATION
Menurut kajian sekumpulan saintis barat, sistem neuron manusia gagal untuk membezakan diantara imaginasi dan realiti. Seorang lelaki berusia 50an yang aktif bekerja tiba-tiba diserang strok. Doktor yang merawat mengesahkan bahawa beliau akan lumpuh seluruh badan untuk seumur hidup. Lelaki ini tidak mempercayai kata-kata doktor tersebut. Setiap hari beliau membayangkan yang beliau kembali menjalani kehidupan normalnya seperti bekerja, berjalan-jalan dan sebagainya. Tidak sampai setahun, lelaki ini telah berjaya menjalani kehidupan normalnya dan dia kini telah sembuh dari penyakit stroknya! Doktor yang merawat beliau menyifatkan kejadian ini sebagai satu yang ajaib!
"You are what you think"
Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!
P/s: Mulai hari ini, gambarkan kejayaan-kejayaan yang ingin anda kecapi dalam hidup anda dan berusahalah untuk mencapainya! Jangan angan-angan Mat Jenin.
Posted by CIKGU SUE at 7:05 AM 0 comments
Labels: MOTIVASI
Petua Tidak Mudah Lupa
Petua-petua Tidak Mudah Lupa
- Elakkan makan kepala ikan
- Elakkan makan bahan dalaman haiwan
- Elakkan minum semasa makan
- Elakkan minum dan makan yang tercemar dengan semut
- Elakkan makan sehingga terlalu kenyang
- Elakkan kencing berdiri
- Elakkan melihat kemaluan
- Elakkan membaca nama di batu nesan
- Elakkan daripada sering melihat buih
- Banyakkan makan bahan makanan yang mengandungi kacang soya seperti tempe, tahu, tahu fah, air tahu,
- Banyakkan makan buah badam dan juga kekacang yang lain
- Jaga kebersihan tubuh badan
Posted by CIKGU SUE at 7:02 AM 0 comments
Labels: KOLEKSI PETUA
Before and After marriage
Before marriage....
He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!
After marriage....
Simply read from bottom to top.
Posted by CIKGU SUE at 4:29 AM 1 comments
Labels: COFEE CORNER FOR TEAECHERS
Thursday, June 26, 2008
Air Sembahyang
" AIR SEMBAHYANG "
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Posted by CIKGU SUE at 5:05 AM 0 comments
Labels: COFEE CORNER FOR TEAECHERS
Tuesday, June 24, 2008
TV vs HP
TV VS HP
Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP)*
*At home watch TV, go out bring HP.*
*No money, sell TV. Got money change HP.*
*Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.*
*TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated*
*TV is big, bulky and most of the time old,
but handphone is cute, slim,curvy and very portable at any time.*
*Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding,*
*Most Important, TV got remote.. HP don't have.. *
* **Last but not least........** *
* *
*TV do not have virus, but h/p yes..........have VIRUS...............
once get it, terus KONG........hahahahaha......** *
*so better choose TV .....*
Posted by CIKGU SUE at 5:10 PM 0 comments
Labels: COFEE CORNER FOR TEAECHERS
KETAATAN ISTERI
Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:
Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.
Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.
Posted by CIKGU SUE at 5:05 PM 0 comments
Labels: COFEE CORNER FOR TEAECHERS